18 May 2009

Open Source, GPL dan FSF


GPL adalah bermaksud General Public Licensed iaitu lesen untuk kegunaan umum dan FSF bermaksud Free Software Foundation iaitu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi mempromosi hak pengguna untuk mempelajari, menyalin, mengemaskini dan mengedarkan program komputer. Pertubuhan ini mempromosi juga pembangunan dan penggunaan perisian percuma, terutamanya bagi sistem operasi GNU melalui Projek GNU yang dipergunakan dengan meluas melalui variasi perisian tersebut iaitu variasi GNU/Linux. GPL adalah bermaksud General Public Licensed iaitu lesen untuk kegunaan umum dan FSF bermaksud Free Software Foundation iaitu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi mempromosi hak pengguna untuk mempelajari, menyalin, mengemaskini dan mengedarkan program komputer. Pertubuhan ini mempromosi juga pembangunan dan penggunaan perisian percuma, terutamanya bagi sistem operasi GNU melalui Projek GNU yang dipergunakan dengan meluas melalui variasi perisian tersebut iaitu variasi GNU/Linux.

Projek GNU adalah suatu sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 1984 bagi membangunkan sistem operasi seakan sistem operasi Unix tetapi percuma dan apabila singkatan GPL digunakan ia secara tidak langsung adalah bermaksud GNU GPL. Sistem operasi GNU inilah bermulanya era konsep "Free Software", perisian percuma dan "Open Source" atau sumber terbuka.


Free Software bukanlah secara langsung bermaksud percuma dalam ertikata barangan yang percuma ia adalah lebih menepati kepada kebebasan, iaitu :

* Kebebasan untuk menggunakan program komputer, tanpa tujuan tertentu (Kebebasan 0).
* Kebebasan untuk mempelajari bagaimana program komputer itu berfungsi dan menukarkan ia kepada keperluan pengguna (Kebebasan 1). Kebolehan untuk mengakses kod program adalah prasyarat bagi kebebasan ini.
* Kebebasan mengedarkan salinan bagi membantu orang lain(Kebebasan 2).
* Kebebasan untuk memperbaiki program tersebut dan menyebarkan semula kepada umum untuk faedah seluruh komuniti


Lesen-lesen perisian percuma klasik seperti GPL, BSD, MIT dan pelbagai lagi juga dikenali sebagai lesen "copyleft", adalah lesen yang digunapakai untuk menunjukkan status Free Software sehingga perisian Mozilla dilancarkan pada awal tahun 1998.

GPL, BSD, MIT dan pelbagai lagi juga dikenali sebagai lesen "copyleft", adalah lesen yang digunapakai untuk menunjukkan status Free Software sehingga perisian Mozilla dilancarkan pada awal tahun 1998. Quotation
Mozilla Public License (MPL) telah menyebabkan wujudnya Open Source Initiative (OSI) iaitu badan yang mengawalselia semua perisian percuma, mendaftarkan dan melesenkan apa yang dinamakan Open License, lesen terbuka ataupun juga dikenali sebagai Academic Free License dengan versi terkini 2.1. Di antara Open License yang terkenal adalah Apache Software License (APL), GNU GPL, Mozilla Public License (MPL), Nokia Open Source License, PHP License, Sybase Open Watcom Public License dan W3C License.

No comments:

Post a Comment